Saturday, May 21, 2011

betrayal

ASSALAMUALAIKUM..

Do you ever feel betray or being discriminated? I have~~
Haha... dah mcam lagu eminem lak kan2? 

Pernah x rasa dikhianati biler kite ad kawan baik, dan die nih officially gak berkawan baik dengan musuh kita? complicated x? jap..mari kite simplify semua ni dgn gambarajah... *ni kes dah selalu sgt buat graf dlm thesis... muntah hijau*



haa.. jelas x? hehe...
rase sgt sakit hati bukan? isk2... tak tahu lar nak ckap mcmane..ALLAH jer yang tahu berape sakit hati nya kan? *campak phone bertubi2*

Lagi2 rasa macam musuh kita tuh sengaja jer nak rampas best buddy kita... tambah lagi sakit hati...*tendang2 dinding*

hmm..bg situasi sebegini, aku ada pendapat aku sendiri...yang pertama : if you are a good buddy, sesungguhnya anda tak akan melarang dengan sesiapa pon yg buddy anda nak berkawan selagi ianya tidak memudaratkan buddy anda tersebut..betol tak? ^___^

kalau anda rasa anda tidak selesa dengan keadaan untuk keluar bersama2 buddy dan musuh anda, kan bagus kita berterus terang dengan buddy kita.. supaya perjumpaan bersama2 dapat dielakkan..tetapi, seharusnya kalau kamu syg kan buddy kamu.. aku rasa tak menjadi masalah untuk berbaik dengan musuh kita..mereka juga manusia.. bagi aku, hipokrit nih kekadang juga bagus kerana ia sebenarnya adalah imej kita...

okay..sebelum tuh,biar aku explain ape itu imej. Masa aku belajar subject Character Building, cikgu kata imej adalah perangai kite apabila kita berhadapan dengan pelbagai jenis manusia termasuk ibu bapa, cikgu, rakan2, client, kawan sepejabat or even lovers.

imej nih kira semacam perisai atau bahasa omputihnyer shield untuk kita.Untuk lebih mudah...katakan, kalau kita dengan ibu bapa kita.. sama tak perangai kita dengan kawan2? ada yg sama..ada yang tak..contohnya.. dengan kawan2 kite bleyh men sepak2...men tampor2...buat lawak terlalu bodoh.. panggil kwn2 kite bangkai..biatch dan sebagainya... tapi dengan parents kita, tak kan kite nak ckap cara macam tuh kan? mungkin lebih sopan kalo berguraw pun..



kalau dengan lovers pulak, kita bleyh lar manja2 tahap dewa... tp kalaw manja dgn kawan lebih2 macam tuh, mungkin kene lempang ataw kene tendangan tanpa bayangan macam aku selalu dapat... jadi, setiap peringkat manusia yang kita deal with, ada cara, ada batas dan juga ada imej tersendiri. Jadi, pendapat aku imej tergolong dalam satu kata adjektif iaitu hipokrit. 



Contohlah kan...(tiada kena mengena antara hidup atau pon yang telah meninggal dunia) Aku sendiri benci seyh nak tgk muka org nih sbb die nih suka lar buat2 baik depan org..tapi kat belakang, kemain suka mengutuk. Kalau boleyh, nk tgk muka die pon aku x tergamak.. sbb malas nak terlibat dengan activity xberape sehat itu..Tapi disebabkan aku terpaksa melalui rumah die biler nak kuar rumah, jadi aku cuba bersikap menjaga hubungan sesama jiran tetangga dengan bertanya khabar dan menunjukkan senyuman yang manis. hipokrit sgt kan? tapi, itulah imej... sesungguhnya.berdamai dan bermanis muka itu lebih baik... dan yang lebih baik adalah tiada senggeta diantara kita... betol x? betol x? 


huhu..berbalik kepada tajuk utama... bila kita ase sakit hati best buddy kita berbest friend dgn musuh kita...pendapat kedua.. mungkin juga hubungan yang complicated ini sebenarnya suatu petanda supaya anda dan musuh anda untuk berbaik..mungkin sebenarnya kita telah bersangka buruk dengan musuh kita. mungkin?  sesungguhnya xde ape yg dtg dengan baik dari permusuhan dan persenggetaan.

so, for conclusion.. in order to feel peaceful, berdamailah sesama kita.. tak dinafi kan aku sendiri ada jugak muka2 yang aku tak berapa suka nak tgk.. *macam lar muka kau tuh org suka sgt nak tgk kan??* apa nak buat aku juga manusia..*alasan~*  =___=
tapi aku cuba sedaya upaya untuk hilangkan sifat sebegini...*burok benor ad perangai macam nih..*
Sama2 lar kita berubah menjadi manusia yang lebih baik kerana apabila kita menjaga hubungan yang baik diantara manusia, nescaya hubungan kita dengan ALLAH The Al-Mighty juga terpelihara.. :)


okay..that's all...
TEE HEE 
XD



No comments:

Post a Comment