Sunday, September 25, 2011

Lelaki comel sangat apabila...

ASSALAMUALAIKUM WBT.

Baca title pun korang dah boleh buat muke dengan ucapan APEKAH? kat aku sambil menggeletar jer ase. kan?

APEKAHHH? 

Tak dinafikan dalam hidup aku wujud lelaki-lelaki dengan pelbagai jenis gelaran. Bukan nak kata tak wujud pulak wanita-wanita dalam hidup aku. Tgk title lar bhai~ LELAKI. so aku focus untuk mereka. Contohnya, Abah.Abg. Adik. Boifren. Ex- Boifren. Best friend. Ex-Best friend. DANG~!! sorry *OUCH!* dan bla bla bla.

Walaupun mereka ini macho. hero. hensem. tapi ada suatu ketika, keadaan atau kata-kata yang diungkap kan yang buat aku rasa mereka ini. AUWW~ comelnye!!  mata bersinar2 jep. *__* 
oke. mungkin korang tak rasa ape. tp cukup la sekadar aku yang rasa dan aku kongsikan bersama.

Pernah sekali. Aku cedera sebab jatuh basikal sebab budak buli aku. Patah dua gigi depan. dah macam vampire masa tu. Balik2. abah tengok and kata. "Sape buat die? meh sini abah pukul dia."
Masa ni aku ternyata tak rasa pape kecuali rasa dilindungi. Bila dah besar. ingat balik time kecik2. Auww~ abah comel sgt ungkapkan kata2 tu kat kak long!


Best friend lelaki #1 aku, Zack ( Identity die dirahsiakan untuk tujuan privacy. ) hadiahkan aku teddy bear. nama teddy tu Baby. Dia kata " Kalau ko sedeh, peluk lah teddy bear ni. buat teman bila aku tak boleh nak teman ko time sedih2 k?" oke. tacing sgt masa ni. Maceh Zack. aku hargai sgt2. Best friend sampai dunia akhirat. Promise! sob3 =')




Best friend #2 aku, Am. *bukan nama sebenar* 
Satu hari diwaktu aku tersangat la busy tapi tatkala ini Am sedang hadapi masalah. Maka aku pun luangkan masa aku untuk dia sebab selama ni he always there for me when i needed him. Apelah sgt nak dibandingkan his influences in my life. Sedang aku tunggu die kat KTM Serdang sebab bus die extra late than my bus. Then, die senyum jew bila nampak muka aku dari jawoh.
So, with question mark i asked.

aku : Nape??

Die geleng then said, "Tak la. Aku seyesly sedang serabut sebenar nya. tp bila tengok muka ko yang sedang tunggu aku dari tadi. without any word pun aku dah rasa tenang sangat2. " 
Seyesly masa aku dgar ayat ni aku terkedu. SubhanALLAH betapa pentingnya aku dalam hidup sahabat aku ni. and yah. Auwww~~ Am..,. kaw sangat comel hokeyy!!



Bila suatu ketika abg aku message aku bila aku offline and jam menunjukkan pukul 4 pagi waktu Malaysia . " Adik3~ adik dah tido ker? i need u. :'(  "
Masa aku baca ayat ni aku rase abg aku lar lelaki paling cute sekali. auwww~ sweet sgt sebab aku fikir. bukan aku jer yg perlukan die. die pon perlu aku untuk dilindungi. perasaan melindungi orang yang kita sayang sgt ROMAN. macam membunuh orang dengan penuh seni. ROMAN sgt! *oke. pengaruh anime One Piece*



Dan bila satu keadaan bila aku sedang merindui seorang adik. Boboi *bukan nama sebenar*

aku : adik...noona windu adik..Sehat tak?

Menanti. tapi tiada sebarang jawapan dari beliau. Aku abaikan message tak berbalas tu. 
Selepas beberapa jam. aku terima MMS gambar dia dgn quote "Kalau rindu. tengok la gambar adik.. =) "
EEEee~ geramnya kat Boboi. anda sgt cute bila buat mcm ni.



Pada suatu ketika zaman yang sudah menjadi kenangan dimana sedang mabuk dengan cinta... 
Bila semua message2 dari dia boleh buat hati aku yang keras pun jadi cair mencurah-curah macam air. (AMARAN : kalau tak mampu nak baca. jangan baca. sebarang aktivity muntah2 selepas membaca dialog ini adalah diatas pengelolaan dan tanggungjawab sendiri. Terima Kasih)

Aku :  Adeyh.. malu la saya dok cakap mcmtu.. cair hati saya.. huhu... 

Dia balas."Uish..susah la kalo cair hati tu. cepat2 dok dalam freezer. kot boleh bagi beku balik... ^_~ " Alahai cutenye awak masa ungkapkan kata2 tu dulu.. =) 


Dah. ni antara beberapa LELAKI yang comel dalam suatu kejadian dan yang hadir dalam hidup aku tanpa balasan memberi aku cahaya. dorongan. sokongan. kebahagiaan.  Ramai lagi tapi ni yang sempat aku coretkan.
Ketahuilah. aku hargai setiap ukhuwah yang terjalin antara kita dan insyaALLAH aku jaga dan pelihara ukuwah ini selagi termampu. Sayang kalian sampai SYURGA =')
oke Bai!


source pic : Ayah Google




No comments:

Post a Comment