ASSALAMUALAIKUM WBT
Demi syurga yang menanti kita disana kelak. Demi Kasih aku untukmu.
Jika itu ketentuanMU...
Ya ALLAH, engkau kuatkanlah imannya.. teguhkan imannya dari fitnah terbesar-MU Ya MUTAKKABBIR.. Kau berikanlah keampunan kepadanya.. Jangan kau dekati dia dengan maksiat dan keseronokan dunia di mana sahaja dia berada.. Sesungguhnya aku menyayanginya YA ALLAH.. Berikanlah kebahagiaan Dunniya wal akhirah. Supaya hati aku bisa tenang jika syurga itu pasti untuknya.
Ya ALLAH, aku redha jika takdirMU menyangkal dia dari kehidupanku kerana aku bisa kejar SYURGAMU dengan pemilik tulang rusuk ku kelak......
Ya Rahman, aku redha jika aku bukan pemilik hatinya selepas ENGKAU dan RASUL kerana aku tahu kasihku untuk saudara aku ini tidak akan berubah...
Ya Rabb, aku redha jika bukan aku bidadari dunia yang akan menghiasi rumah di JANNAH bersamanya kerana aku bahagia apabila dia bahagia...
To whom i plea this DOA. Please do know that i REALLY love you. Now and Hereafter.
Jazakallah Khairan.. be safe.
No comments:
Post a Comment