Sunday, September 25, 2011

Lelaki comel sangat apabila...

ASSALAMUALAIKUM WBT.

Baca title pun korang dah boleh buat muke dengan ucapan APEKAH? kat aku sambil menggeletar jer ase. kan?

APEKAHHH? 

Tak dinafikan dalam hidup aku wujud lelaki-lelaki dengan pelbagai jenis gelaran. Bukan nak kata tak wujud pulak wanita-wanita dalam hidup aku. Tgk title lar bhai~ LELAKI. so aku focus untuk mereka. Contohnya, Abah.Abg. Adik. Boifren. Ex- Boifren. Best friend. Ex-Best friend. DANG~!! sorry *OUCH!* dan bla bla bla.

Walaupun mereka ini macho. hero. hensem. tapi ada suatu ketika, keadaan atau kata-kata yang diungkap kan yang buat aku rasa mereka ini. AUWW~ comelnye!!  mata bersinar2 jep. *__* 
oke. mungkin korang tak rasa ape. tp cukup la sekadar aku yang rasa dan aku kongsikan bersama.

Pernah sekali. Aku cedera sebab jatuh basikal sebab budak buli aku. Patah dua gigi depan. dah macam vampire masa tu. Balik2. abah tengok and kata. "Sape buat die? meh sini abah pukul dia."
Masa ni aku ternyata tak rasa pape kecuali rasa dilindungi. Bila dah besar. ingat balik time kecik2. Auww~ abah comel sgt ungkapkan kata2 tu kat kak long!


Best friend lelaki #1 aku, Zack ( Identity die dirahsiakan untuk tujuan privacy. ) hadiahkan aku teddy bear. nama teddy tu Baby. Dia kata " Kalau ko sedeh, peluk lah teddy bear ni. buat teman bila aku tak boleh nak teman ko time sedih2 k?" oke. tacing sgt masa ni. Maceh Zack. aku hargai sgt2. Best friend sampai dunia akhirat. Promise! sob3 =')




Best friend #2 aku, Am. *bukan nama sebenar* 
Satu hari diwaktu aku tersangat la busy tapi tatkala ini Am sedang hadapi masalah. Maka aku pun luangkan masa aku untuk dia sebab selama ni he always there for me when i needed him. Apelah sgt nak dibandingkan his influences in my life. Sedang aku tunggu die kat KTM Serdang sebab bus die extra late than my bus. Then, die senyum jew bila nampak muka aku dari jawoh.
So, with question mark i asked.

aku : Nape??

Die geleng then said, "Tak la. Aku seyesly sedang serabut sebenar nya. tp bila tengok muka ko yang sedang tunggu aku dari tadi. without any word pun aku dah rasa tenang sangat2. " 
Seyesly masa aku dgar ayat ni aku terkedu. SubhanALLAH betapa pentingnya aku dalam hidup sahabat aku ni. and yah. Auwww~~ Am..,. kaw sangat comel hokeyy!!



Bila suatu ketika abg aku message aku bila aku offline and jam menunjukkan pukul 4 pagi waktu Malaysia . " Adik3~ adik dah tido ker? i need u. :'(  "
Masa aku baca ayat ni aku rase abg aku lar lelaki paling cute sekali. auwww~ sweet sgt sebab aku fikir. bukan aku jer yg perlukan die. die pon perlu aku untuk dilindungi. perasaan melindungi orang yang kita sayang sgt ROMAN. macam membunuh orang dengan penuh seni. ROMAN sgt! *oke. pengaruh anime One Piece*



Dan bila satu keadaan bila aku sedang merindui seorang adik. Boboi *bukan nama sebenar*

aku : adik...noona windu adik..Sehat tak?

Menanti. tapi tiada sebarang jawapan dari beliau. Aku abaikan message tak berbalas tu. 
Selepas beberapa jam. aku terima MMS gambar dia dgn quote "Kalau rindu. tengok la gambar adik.. =) "
EEEee~ geramnya kat Boboi. anda sgt cute bila buat mcm ni.



Pada suatu ketika zaman yang sudah menjadi kenangan dimana sedang mabuk dengan cinta... 
Bila semua message2 dari dia boleh buat hati aku yang keras pun jadi cair mencurah-curah macam air. (AMARAN : kalau tak mampu nak baca. jangan baca. sebarang aktivity muntah2 selepas membaca dialog ini adalah diatas pengelolaan dan tanggungjawab sendiri. Terima Kasih)

Aku :  Adeyh.. malu la saya dok cakap mcmtu.. cair hati saya.. huhu... 

Dia balas."Uish..susah la kalo cair hati tu. cepat2 dok dalam freezer. kot boleh bagi beku balik... ^_~ " Alahai cutenye awak masa ungkapkan kata2 tu dulu.. =) 


Dah. ni antara beberapa LELAKI yang comel dalam suatu kejadian dan yang hadir dalam hidup aku tanpa balasan memberi aku cahaya. dorongan. sokongan. kebahagiaan.  Ramai lagi tapi ni yang sempat aku coretkan.
Ketahuilah. aku hargai setiap ukhuwah yang terjalin antara kita dan insyaALLAH aku jaga dan pelihara ukuwah ini selagi termampu. Sayang kalian sampai SYURGA =')
oke Bai!


source pic : Ayah Google




Saturday, September 24, 2011

RULES OF LIFE.

ASSALAMUALAIKUM WBT

# If you intend to gain something. you must willing to let go of something.

 Kalau kita nak kan sesuatu, kita mesti korbankan sesuatu. Betul tak pembaris peraturan ni?
Walaupun benda ni aku belajar time Prinsip ekonomi. Peraturan pertama.

Aku rasa peraturan ni memang terbukti hipotesisnya. Nak kata aku gebang pon. Aku tak kesah. Sebab benda-benda LIFE macam ni kena alami dulu baru lar tahu sendiri. Itu la perangai kita. Bila orang tegur /pesan, cikit pun tak ambil endah. Bila dah jadi. Menangis mata darah pun tak akan dapat fix the past.  kan? kan? aku pun macam tu. don't worry. =)

# Kalau nak orang fahami kita. kita kena fahami orang dulu.

tak kira la dengan siapa-siapa pun. Ibu bapa. Kawan. Lovers. Suami isteri. Boss. Pekerja. Mak Cik kedai runcit. DANG~! sorry.*ouch*
Setiap perkara dalam dunia ni diciptakan berpasangan. Tolak tambah. Ying Yang. Keseimbangan.
Sama lar jugak dengan pembaris rule yang ni.

oke. enuff berfalsampahsafah. aku serius bosan hari ini. emo. haha
so aku pun buat perkara tak de pekdah.
1st, aku dok ulang dengar lagu ni. best sgt. dah 156 kali dah ulang ni. tak reti nak stop plak. HELP!
kidding. aku tak perlu diselamatkan. haha

ni music video die. aku layan lagu jep. tak tgk pon vids dia. korang layan la ngan aku. eh? eh?
layan taw! :P




# But I set fire to the rain,
Watched it pour as I touched your face,
Well, it burned while I cried
'Cause I heard it screaming out your name, your name!

I set fire to the rain
And I threw us into the flames
Well, it felt something died
'Cause I knew that that was the last time, the last time!

Sometimes I wake up by the door,
That heart you caught must be waiting for you
Even now when we're already over
I can't help myself from looking for you. 


aku suka hayati meaning lagu. sentimental konon. pelishh~
HAHA XD


2nd, aku conteng muka dengan make up semalam. and hari ni tumbuh jerawat yang severe 2-3 bijik. *padan muka..gatai sgt conteng muka* wajah aku dah tak boleh terima make up yang heavy lagi. *TIDAKK~! * Y__Y

 # gambar sebelah kiri : dengan muka yang berconteng.
# gambar kanan sikit pun tak tempek pape. oke berminyak. tahu. tak payah nak nerakakan hati aku. senyap sudah. huhu. *emo*


Oke. Bai





Friday, September 23, 2011

cinta terakhirku~ =)

aku sangkakan aku dah cukup kuat.
tak pernah setitis pun air mata aku jatuh bila aku terima keputusan tu.
Redha dengan ketentuan.
Senyum seribu makna.

Tapi aku sedar. aku perempuan. yang dijadikan ALLAH dari tulang rusuk seorang lelaki.
yang diciptakan dengan tangisan sebagai kekuatan. Kelembutan jiwa yang mampu menggegar dunia.


beri aku peluang untuk menangis sampai air mata aku kering.
Tangis aku hari ini bukan bermakna aku lemah. tapi satu kekuatan untuk bangun semula.

gambatte,ne!

foey kuat~! =')

abah aku pesan....

ASSALAMUALAIKUM WBT

Semoga anda diberkati ALLAH selalu hendaknya.
WARNING : Entry aku kali agak alim sikit. Alim tu kan maksudnya berilmu. Jadi kiranya
aku nak kongsi dengan korang tentang ilmu yang aku ada. Walapun sangat amat sungguh sedikit ilmunya.Mungkin ada yang tak boleh nak terima ilmu yang aku ada. Aku pun tak nak cakap lebih-lebih sebab aku cuma nak kongsi ilmu aku je dan aku pun tak nafikan iman aku bertambah dan berkurang setiap hari. tapi kita kena ingat. ISLAM itu mudah dan tak pernah menyusahkan.


#1

Masa aku kecik-kecik dulu, abah selalu kumpul kami anak beranak then bagi tazkirah..
So, ada yang aku teringat. sorry sebab aku tak sertakan dalil-dalil atau hadith sebab aku tak nak memandai bagi dalil and hadith sewenangnya.


Abah kata, kalau kita ni nak ingat kat ALLAH selalu.. setiap apa yang kita buat, kita baca BISMILLAH.
Kalau kita buat sesuatu perkara dengan nama ALLAH, insyaALLAH tak kira lar apa yang kita buat, mesti akan diberkati-Nya.

Aku pernah lar cuba try test cakap abah aku nih.
*oke. please don't terai this at home.. masa ni zaman jahiliah aku. wei. sume orang ada zaman gelap masing2 kan?*

Masa tuh nak Ujian. pastu aku masa tuh suke sangat tengok television. study pon tak nak. Pastu aku punya tekun tengok tv sampai aku lupa esok ada ujian. Aku pun kelam sangat baca buku. Aku pun pulun lar apa yang mampu. So before masuk ujian tu, daripada rumah sampai la ke sekolah setiap yang aku buat aku baca bismillah.Konon kalau apa yang kita buat diberkati aku boleh lar dapat A. *nervous punya pasal*
Bila time nak buat ujian, aku pon buat lar sampai abis. oke. result aku terok masa tuh. jatuh sikit dari ujian sebelumnya.Aku pun fikir. "Laa.. ape ni? aku dah baca bismillah byk kali dah. xjadi pun?"
Bila dah besar, aku faham kenapa jadi macam tuh. Doa tanpa usaha sukar dimakbulkan kerana DIA suka kalau kita berusaha dan tak putus asa.Kalau tak dapat sebab DIA nak uji kita supaya bersabar dan lain kali jangan buat hal lagi. Tapi kalau dimakbulkan pun sebab DIA nak uji kita. Sejauh mana kita nak bersykur dengan nikmat yang diberikan. Tapi selalunya kalau diberikan nikmat kesenangan ni ada dua maksud je. sama ada ALLAH nak tutup hati kita. nazubillah atau DIA sedang bagi ujian terbesar untuk kita.  =)



#2

Abah aku pesan lagi...  Orang selalu takut dengan hantu, buatan orang, dan sebagainya. Pastu, mulalah minta bantuan dari manusia dan syaitan.Syirik. Minta pendinding lar. pengeras lar.eh? betul ka? :P
Tapi sebenarnya ramai yang lupa. Pendinding utama kita adalah DOA. bukan Dead Or Alive tapi DOA. senjata orang mukmin. Tak payah DOA yang power-power lar. Doa harian tu pun dah cukup. Berapa ramai daripada kita yang amal benda ni? Ada. saya tahu ada.
Anda semua kan org beriman. =)
oke. aku mengaku.sendiri pun kekadang lupa benda ni. serius. sebab tu lar kita kena saling mengingati kan? kan?


#3

Dah alang-alang ni. aku nak kongsi tips aku sikit.*tiba2 pulak masuk tips kecantikan... =__= *
Kawan-kawan aku banyak tanya kenapa muka aku sekarang berseri-seri berbanding dulu. *sapa yang kenal aku,korang paham kan maksud aku?*
Seriously, aku tak dak nak bangga plak kat dalam ni. nak kata berseri sangat pun takde plak.cuma aku nak kongsi ngan korang amalan aku. kalau korang nak ikut, ikut lar. tapi aku tak nak lar bertanggungjawab kalau tiba-tiba muka korang makin sebal kalau ikut tips aku kan. tapi aku yakin tak akan ada yang jadi macam tuh. 

#TIPS#
1) Untuk muka sahaja. aku rasa semua perempuan pakai pencuci muka kan? kalo tak pakai pun, tak kan tak pernah cuci muka. kan? kan?
Okey. bler korang cuci muka tuh. selawat lar 3 kali keatas Rasulullah  dan niat Ya ALLAH, bersihkan lah wajahku ini. Sinarkanlah cahaya dan berikanlah ketenangan kepada orang yang melihat wajahku ini. macamtu lar lebih kurang. Amalkan lar setiap kali kita cuci muka.  Senang kan? ^_^  Itu cara kita jaga mka kita secara rohani. =)


2) Ini pulak untuk orang yang solat lar kan.. pff~ *jangan nak sacrasm sgt*
eh. sape kata? untuk semua. Islam agama yang universal. =)


oke. kita ambil yang asas.
Bila kita ambil wuduk kita: -

Niat. pastu. untuk setiap basuhan yang kita ambil. kita niat :-

3 kali untuk muka : Ya ALLAH, kau berikanlah ketenangan kepada orang yang melihat wajahku ini.


3 kali untuk tangan kanan ke siku : Ya ALLAH, berkatilah supaya tangan ini akan menerima buku amalanku kelak.

3 kali untuk tangan kiri ke siku : Ya ALLAH, jauhilah tangan ini dari menerima buku amalanku kelak.

3 kali pada rambut : Ya ALLAH, jauhilah rambutku dari matahari sejengkal dipadang masyar kelak.

3 kali ntuk kaki kanan ke buku lali : Ya ALLAH, berkatilah supaya kaki ini akan membawaku ke syurga-Mu kelak.

3 kali untuk kaki kiri ke buku lali : Ya ALLAH, jauhilah kakiku ini dari menempah neraka-Mu.

Itu cara aku dan doa aku. mungkin korang boleh ubah doa ikut keselesaan masing-masing.
contohnya, permudahkan untuk menempah siratulmustakeem. permudahkan mendapat rezeki. macam2.
tak salah kita nak meminta pada DIA. walau dengan ape cara sekali pun..tapi seeloknya dan afdalnya. kalau kita nak minta dengan ALLAH, berwuduk. dengan cara duduk antara dua sujud atau bersujud.tadah tangan. kan? ^_^



hokey~ enuff. next entry kalau aku tak berapa nak alim. jangan tak kawan aku pulak hokey? XD

p/s : 1) kesimpulannya, setiap apa yang kita buat. gosok gigi ker. makan ker. tidor ker. ada doa dan niat doa sendiri. nak gigi putih ker. nak kurus walaupun makan banyak. nak cantik lepas bangun tido ker..apa saja. tapi macam aku cakap lar. kalau doa tanpa usaha dan tawakal memang sukar lar. =)

2)Abah aku selalu kata jugak. orang yang solat tak kan menganiaya orang lain dan aku yakin. =)




picture source : atok Google

Manja or gedikx?

Assalamualaikum wbt.

Sorry lama tak menaip dalam nih.. maklum lar orang busy.. *PANG~*

oke.. sorry kerana menipu. *usap2 pipi yang bengkak* Ada je benda yang nak dikongsi cuma semua perlu masa. =)

Entry kali ini aku nak bincang sikit pasal manja sikit-sikit dan manja yang berlebihan masuk tahap gedixx.. Oke. memang orang kata aku kategori gedixx azalinya tapi tu semua kerana mereka dengki dengan saya. Contoh terbaik,  Raja Muzamir ... Oppa aku sorang nih..haha,..

Bagi aku manja nih tak salah. Semua orang ada sifat sebegini... *sape yang geleng2 kepala tuh, baik korang ngaku dan angguk cepat..toksah nak tipu Foeylicious..xde pekdah pun* Tapi ada manja yang ter'over' memang sukar diterima oleh masyarakat. Aku tumpukan perbincangan ni kepada perempuan sebab seriusly kalau ada lelaki yang buat perangai macam nih, aku speechless sangat2. oke.
Ini antara list perangai manja yang orang selalu buat.

1) Bler buat keje.. merungut jer lebih… hasil xde ler sgt pon..  

Dak manje :  letihnyer sy~ xlarat sgt2 dah nih… huhu…

org 1 : letih? Awak buat keje ape jer?

Dak manje : banyak~~! Tolong printkan proposal bos.. tolong buat coffee… tolong buat blueprint… tolong kemas fail kt stor.. huhuhu =((

org 1 : bukan sy ker yg buat sumer tuh?

Dak manje : ha’ah… mmg pon.. tp sy tolong tengok awk buat keje2  tuh… penat taw~~

org 1 : =__="


2) Boss bagi kerja banyak bukan main, marah-marah… merungut2 kata kerja byk nak buat pastu mula lar call member/boyfriend…tak pun main game game dulu sebb tension sgt buat keje..


Dak manje : uchuk.. tolong lar baby uchuk… keje boss kat baby banyak sgt… xlarat taw nk buat… td baby men game dulu.. stress sgt.. pastu online2 kejap.. ihik2~ camner nih uchuk? Baby byk sgt3 keje nih.. dah ler sume kne submit esok…huhuhuhuhu  =’(

Pakwe : wat lar skunk.. abeskan malam nih jugak.. settle lar msalah. K baby,bai

Dak manje : ………………..*speechless*


 3) Keje byk sgt2… kdang2, sampai solat pon tak sempat nih… tp bler member ajak kuar… dan2 siap keje bagai…

Org 1 : awk.. tolong saya printkan paper nih and bg kat boss boleh?

Dak manje : alaaa.. awak nih.. tak nampak ker saya ad keje ni?

Org 1 : bler dah abes buat keje lar.. please..

dak manje : keje sy byk nih… ptg baru siap..agak2 siap kne OT lg nih.. mane sempat sy bg boss.. mintak tolong org lain k? (then, dtg member)

org 2 : U.. kitowg nk g Tambun after work time ni.. tp td dgr u byk keje  nk buat OT eh? Next time la ajak u k?

Dak manje : ye ker? Ehh.. xde lar.. boleh siap ni before work time nih.. xpayah OT pon siap nih… I ikot eh?

Org 1 : !@#$%^&*()

4) Bler berdebat, mesti nak menang. Walpon mmg point die dari azali nya dah salah. Biler tak de point dah nak balas. Die pon salahkan orang dan merajuk.

 

Org 1: Awak.. dengar lar cakap saya ni. Nak eja kucen dalam English, C.A.T… CAT. Bukan K.A.T.. mmg la sound same..tp salah..

dak manje : mane ad.. sy tgk kt dalam kamus lar.. betol lar ejaan die.. K.A.T… xpyah la nk salah2 kan sy nih.. sy dah usya dah siap2..

org 1 : ok..fine.. bak sini kamus.. meh tunjuk kat saya ejaan cam gitu.. (bler dah tunjuk.. mmg sah2 salahnyer)  kan dah cakap.. ejaan CAT.. bukan KAT…

Dak manje: ala.. awak saje jer nak malukan saya kan? Ni ntah kamus mane ntah awk amik pastu tukar ejaan. *blah sambil hentak2 kaki*

org 1 : ler..bukan kamus nih awk yg cari n bg kt saya? =___=


5) Kalau org bagi teguran secara elok die tarik muka.

Org 1 : awak.. Surat nih salah… alamat salah.. tujuan salah.. semua salah..macamana boleh silap ni? Kan saya dah bagi contoh format yang betol.  

 Dak manja : ape pulak..?  betol lar saya ikot format yang awak bagi tu..! saya copy and paste jer surat awak bagi tu..  *marah2 balik*

org 1 : alahai member~


6)  lolypop+chocolate+ ice cream + junk food mmg fav. Pastu biler org tak belikan, menangis teresak2 guling2 tak cukup tanah.


7) Sentiasa nak lebih dari org lain.


situasi #1

*org 1 jatuh  terpeleot kaki depan mata*

Org 1 : Ouch..!sakit nye kaki ni.. macam xleyh nk jalan jer nih..

Dak manja : I pon same..sakit pinggang… xlarat dah nak jalan.. *padahal kawan sedang cedera parah kt bwah tuh.*

situasi #2

Dak manja :  Berapa friends you kat facebook? 
      
Kawan : Hm.. 2000 lebeyh jer.. U plak?

Dak manja :  Xramai pon.. *padahal die ad 1000 lebih then cepat2 g menambah friends supaya melebihan kwn die td.* 

 8) Bler depan org, sume nye baik bagus sopan cantik… pijak semut pon xmati.. bler kt blakang, sume hancus..

(depan org ramai/dpn org yg de nk amik hati)

dak manja : ehhhh… xpe2… biar saya yg buat… arini duty sy lap meja… =)) *senyuman yg semakin lama semakin lebar hendaknya*

rumet : ehh…? Bler mase plak kite pernah tetapkan duty kt lam bilik nih? Bukan selama nih, sape makan die basuh sendri ker? =___=

Dak manje : awk ni.. ad lar… sejak dulu mmg macam nih kan? Buat2 lupe plak… :D

 (biler takde org)

rumet : beb, cutikan arini? aku nak lambat nak g kerje nih.. t tolong basuhkan pinggan cereal aku please... t semut dtg lak kalo biar cmtu jer..k bai…

*sengaja tunggu rumet kuar n then jerit kuat2 supaya sumer housemate dengar*

dak manje : BASUH LAR SENDIRI!! ITU PON NK SURUH ORG..SENDIRI MKAN SENDIRI BASUH LAR. ORANG LAIN PON AD KEJE GAK NK BUAT!!! *alahai*

9) Buat-buat innocent depan org ramai/ org yang die nak impressed tp sebenarnya die lar paling expert.


Pakwe    : abg xsuke lar perempuan lepak-lepak tepi jalan macamtuh..

Dak manja : erk.. ha’ah kan.. trok tol kan… jom lar ok tempat lain.. ayang pon tak suke tgk. Kesian kat diowg… xde life agaknya…

Dak melepak : weyy Rock Hayu~!! Datang pon kaw.. lame eh xdtg lepak sini ngan kitowg! G mane jerk kaw?

Pakwe : !@#$%^&*()

Terus terang aku katakan malah aku sendiri tak tahan dengan orang2 sebegini walaupun kebanyakannya aku sendiri pn mengaplikasikannya., *KADANG-KADANG HOKEYY and at certain people ONLY* Tapi siapalah kita nak menilai sesuatu perkara itu. Mungkin kita ada pendapat masing-masing tapi sebagai manusia yang bertamadun, aku rasa tak perlulah sampai nak membenci golongan macam ni. betol tak? =)

OK.BAI~!

source pic : pak cik google~

 

Friday, September 16, 2011

Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik.. InsyaALLAH

As i facebook-walking seeing through the net.. *perghh...stalker hebat* I came through this page and surely this words get my attention.. insaf beb.. insaf... Y__Y

Antara tanda lelaki itu baik adalah dia TIDAK AKAN PERNAH MEMBICARAKAN SOAL SEKS ATAU YANG MENAIKKAN SYAHWAT denganmu sama ada melalui sms,telefon atau berdepan,SELAGIMANA DIA belum bernikah denganmu. Mana-mana lelaki yang membicarakannya atau meminta sebelum bernikah adalah lelaki jahat dan tidak layak dijadikan suami atau itulah bakal suami penzina, kecuali apabila mereka bertaubat.

 sumber # taken @ fb by page Khazinatul Asrar via Ustaz Zaharuddin.

I guess it is the same for female as well... 
Once, my friend told me about this and it cross my mind...
Perempuan pun sama sekali tak boleh buat perkara-perkara yang menaikkan nafsu lelaki kerana sesungguhnya perempuan adalah fitnah dunia yang terbesar... mcm tu lar lebih kurang kata2 beliau.. thanx for the reminder friend...
Lesson for me especially and all the blogwalkers. Selamat beramal.. =)