ASSALAMUALAIKUM WBT
Semoga anda diberkati ALLAH selalu hendaknya.
WARNING : Entry aku kali agak alim sikit. Alim tu kan maksudnya berilmu. Jadi kiranya
aku nak kongsi dengan korang tentang ilmu yang aku ada. Walapun sangat amat sungguh sedikit ilmunya.Mungkin ada yang tak boleh nak terima ilmu yang aku ada. Aku pun tak nak cakap lebih-lebih sebab aku cuma nak kongsi ilmu aku je dan aku pun tak nafikan iman aku bertambah dan berkurang setiap hari. tapi kita kena ingat. ISLAM itu mudah dan tak pernah menyusahkan.
#1
Masa aku kecik-kecik dulu, abah selalu kumpul kami anak beranak then bagi tazkirah..
So, ada yang aku teringat. sorry sebab aku tak sertakan dalil-dalil atau hadith sebab aku tak nak memandai bagi dalil and hadith sewenangnya.
Abah kata, kalau kita ni nak ingat kat ALLAH selalu.. setiap apa yang kita buat, kita baca BISMILLAH.
Kalau kita buat sesuatu perkara dengan nama ALLAH, insyaALLAH tak kira lar apa yang kita buat, mesti akan diberkati-Nya.
Aku pernah lar cuba try test cakap abah aku nih.
*oke. please don't terai this at home.. masa ni zaman jahiliah aku. wei. sume orang ada zaman gelap masing2 kan?*
Masa tuh nak Ujian. pastu aku masa tuh suke sangat tengok television. study pon tak nak. Pastu aku punya tekun tengok tv sampai aku lupa esok ada ujian. Aku pun kelam sangat baca buku. Aku pun pulun lar apa yang mampu. So before masuk ujian tu, daripada rumah sampai la ke sekolah setiap yang aku buat aku baca bismillah.Konon kalau apa yang kita buat diberkati aku boleh lar dapat A. *nervous punya pasal*
Bila time nak buat ujian, aku pon buat lar sampai abis. oke. result aku terok masa tuh. jatuh sikit dari ujian sebelumnya.Aku pun fikir. "Laa.. ape ni? aku dah baca bismillah byk kali dah. xjadi pun?"
Bila dah besar, aku faham kenapa jadi macam tuh. Doa tanpa usaha sukar dimakbulkan kerana DIA suka kalau kita berusaha dan tak putus asa.Kalau tak dapat sebab DIA nak uji kita supaya bersabar dan lain kali jangan buat hal lagi. Tapi kalau dimakbulkan pun sebab DIA nak uji kita. Sejauh mana kita nak bersykur dengan nikmat yang diberikan. Tapi selalunya kalau diberikan nikmat kesenangan ni ada dua maksud je. sama ada ALLAH nak tutup hati kita. nazubillah atau DIA sedang bagi ujian terbesar untuk kita. =)
#2
Abah aku pesan lagi... Orang selalu takut dengan hantu, buatan orang, dan sebagainya. Pastu, mulalah minta bantuan dari manusia dan syaitan.Syirik. Minta pendinding lar. pengeras lar.eh? betul ka? :P
Tapi sebenarnya ramai yang lupa. Pendinding utama kita adalah DOA. bukan Dead Or Alive tapi DOA. senjata orang mukmin. Tak payah DOA yang power-power lar. Doa harian tu pun dah cukup. Berapa ramai daripada kita yang amal benda ni? Ada. saya tahu ada.
Anda semua kan org beriman. =)
oke. aku mengaku.sendiri pun kekadang lupa benda ni. serius. sebab tu lar kita kena saling mengingati kan? kan?
#3
Dah alang-alang ni. aku nak kongsi tips aku sikit.*tiba2 pulak masuk tips kecantikan... =__= *
Kawan-kawan aku banyak tanya kenapa muka aku sekarang berseri-seri berbanding dulu. *sapa yang kenal aku,korang paham kan maksud aku?*
Seriously, aku tak dak nak bangga plak kat dalam ni. nak kata berseri sangat pun takde plak.cuma aku nak kongsi ngan korang amalan aku. kalau korang nak ikut, ikut lar. tapi aku tak nak lar bertanggungjawab kalau tiba-tiba muka korang makin sebal kalau ikut tips aku kan. tapi aku yakin tak akan ada yang jadi macam tuh.
#TIPS#
1) Untuk muka sahaja. aku rasa semua perempuan pakai pencuci muka kan? kalo tak pakai pun, tak kan tak pernah cuci muka. kan? kan?
Okey. bler korang cuci muka tuh. selawat lar 3 kali keatas Rasulullah dan niat Ya ALLAH, bersihkan lah wajahku ini. Sinarkanlah cahaya dan berikanlah ketenangan kepada orang yang melihat wajahku ini. macamtu lar lebih kurang. Amalkan lar setiap kali kita cuci muka. Senang kan? ^_^ Itu cara kita jaga mka kita secara rohani. =)
2) Ini pulak untuk orang yang solat lar kan.. pff~ *jangan nak sacrasm sgt*
eh. sape kata? untuk semua. Islam agama yang universal. =)
oke. kita ambil yang asas.
Bila kita ambil wuduk kita: -
Niat. pastu. untuk setiap basuhan yang kita ambil. kita niat :-
3 kali untuk muka : Ya ALLAH, kau berikanlah ketenangan kepada orang yang melihat wajahku ini.
3 kali untuk tangan kanan ke siku : Ya ALLAH, berkatilah supaya tangan ini akan menerima buku amalanku kelak.
3 kali untuk tangan kiri ke siku : Ya ALLAH, jauhilah tangan ini dari menerima buku amalanku kelak.
3 kali pada rambut : Ya ALLAH, jauhilah rambutku dari matahari sejengkal dipadang masyar kelak.
3 kali ntuk kaki kanan ke buku lali : Ya ALLAH, berkatilah supaya kaki ini akan membawaku ke syurga-Mu kelak.
3 kali untuk kaki kiri ke buku lali : Ya ALLAH, jauhilah kakiku ini dari menempah neraka-Mu.
Itu cara aku dan doa aku. mungkin korang boleh ubah doa ikut keselesaan masing-masing.
contohnya, permudahkan untuk menempah siratulmustakeem. permudahkan mendapat rezeki. macam2.
tak salah kita nak meminta pada DIA. walau dengan ape cara sekali pun..tapi seeloknya dan afdalnya. kalau kita nak minta dengan ALLAH, berwuduk. dengan cara duduk antara dua sujud atau bersujud.tadah tangan. kan? ^_^
hokey~ enuff. next entry kalau aku tak berapa nak alim. jangan tak kawan aku pulak hokey? XD
p/s : 1) kesimpulannya, setiap apa yang kita buat. gosok gigi ker. makan ker. tidor ker. ada doa dan niat doa sendiri. nak gigi putih ker. nak kurus walaupun makan banyak. nak cantik lepas bangun tido ker..apa saja. tapi macam aku cakap lar. kalau doa tanpa usaha dan tawakal memang sukar lar. =)
2)Abah aku selalu kata jugak. orang yang solat tak kan menganiaya orang lain dan aku yakin. =)
picture source : atok Google
No comments:
Post a Comment